Kerja naik taraf itu melibatkan pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED), penggantian kabel bawah tanah dan menurap semula jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, kerajaan negeri memberi perhatian serius kepada pembangunan dan kemudahan infrastruktur di semua kawasan perindustrian di negeri ini.

“Ia penting bagi membolehkan kita menarik lebih ramai pelabur datang ke sini.

“Perkara paling asas yang perlu kita buat untuk menarik pelabur adalah dengan menawarkan infra struktur yang lengkap supaya mereka dapat beroperasi dalam keadaan yang baik,” katanya kepada para pemberita selepas meninjau kerja-kerja naik taraf jalan raya dan infrastruktur di Jalan Haruan 1, Kawasan Perindustrian Oakland dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon.

Kok Seong berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada kawasan perindustrian yang terletak di daerah lain.

“Misalnya di Jempol dan Rembau, kerja-kerja naik taraf pemasangan lampu jalan LED di sana telah pun dilaksanakan bagi keselesaan pengusaha kilang,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE