Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sebanyak 98 kes dicatatkan di Jempol, Seremban (37), Rembau (16), Jelebu (14) manakala Port Dickson tiga kes.

Beliau berkata, hanya dua kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut manakala kes lain dirawat sebagai pesakit luar.

“Tiada kematian akibat ILI dilaporkan setakat ini dan tiada premis yang ditutup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata, ILI meliputi pelbagai jenis influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku secara bermusim.

Jelasnya, penyakit itu menyebabkan seseorang itu demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk sehingga mengakibatkan radang

paru-paru (pneumonia).

“Penyakit tersebut disebabkan oleh virus dan ditularkan melalui jangkitan pernafasan. Ia tiada kaitan dengan pencemaran udara atau sungai,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengekalkan tahap kebersihan, mengamalkan membasuh tangan dengan menggunakan air, sabun atau sanitizer tangan serta mengamalkan cara hidup sihat. - UTUSAN ONLINE