Muzium Negeri Terengganu dalam satu kenyataan berkata, tawaran istimewa itu berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem pendingin hawa yang akan dijalankan. 

"Sehubungan itu, galeri muzium dibuka secara percuma kepada pengunjung. 

"Kami memohon maaf atas segala kesulitan sepanjang tempoh tersebut," kata kenyataan itu di sini hari ini. 

Pengunjung boleh menjelajahi sekitar kompleks Muzium Negeri Terengganu yang mempunyai pelbagai keunikan antaranya rumah-rumah tradisional, perahu besar di samping menghayati keindahan alam semula jadi. - UTUSAN ONLINE