Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn. Bhd., Tan Song Chye berkata, Proxes TR1 adalah versi terbaharu dari siri tayar prestasi Sporty Ultra yang disasarkan untuk menyampaikan pengalaman yang menyeronokkan bagi peminat permotoran dan pemilik kereta sedan sports.

Katanya, Proxes TR1 sesuai untuk segmen kereta sports pertengahan dan ia menyokong model-model dari Eropah serta Jepun, terutama kereta dari segmen B dan E.

“Di Malaysia, tayar-tayar ini boleh didapati dalam 24 saiz, merangkumi 15 hingga 19 inci diameter rim, dengan harga pasaran yang disyorkan antara RM199 hingga RM800 bagi setiap tayar, bergantung kepada saiz tayar,” katanya. - UTUSAN ONLINE