Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohamad Zulkurnain Che Ali berkata, keadaan itu menyebabkan parit utama di Persiaran Subang Ke Sungai Klang tidak dapat menampung kemasukan air yang tinggi begitu juga di parit utama Persiaran Murni, Perpaduan dan Jalan Mulia.

"Dianggarkan 10 kenderaan terkandas dalam kejadian itu namun berdasarkan laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, USJ 8 hanya satu laporan diterima.

"MPSJ turut menerima aduan enam kes pokok tumbang yang mana tindakan sewajarnya telah dilakukan," katanya selepas mengadakan lawatan tapak ke lokasi kejadian itu hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan longkang secara menyeluruh di lokasi berkenaan bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang.

"Sempena musim tengkujuh ini, MPSJ melakukan persiapan awal dengan membuat pemantauan dan penyelenggaraan saliran lebih kerap di kawasan kerap berlaku banjir," katanya.

Beliau berkata, kejadian itu mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air antaranya Persimpangan Persiaran Perpaduan dan Kewajipan dengan taburan hujan sebanyak 45 milimeter (mm).

"Kawasan lain ialah Jalan TP 2, Taman Perindustrian UEP (161.5mm), Jalan SS14/1 dan SS 14/2 (47mm) dan Grand Ville, USJ dan Jalan USJ 2/1 masing-masing 45mm," katanya. - UTUSAN ONLINE