Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri berkata, DTO membolehkan pembeli berpotensi hartanah keluaran Sime Darby untuk turut serta memberikan idea dan pendapat berkaitan sesuatu projek yang akan dibangunkan.

Beliau berkata, buat permulaan, tiga buah projek akan disenaraikan di platform berkenaan dan orang ramai khususnya pembeli berpotensi boleh mula memilih ciri-ciri seperti kemasan lantai, warna dan fasiliti yang ditawarkan.

DTO akan mengubah landskap pasaran hartanah terutama melibatkan proses pembelian.

"Di DTO, mereka boleh mengundi sendiri pilihan yang ada untuk kediaman yang dibangunkan Sime Darby. Lagipun sesuatu projek hartanah itu dibangunkan untuk pembeli, jadi mengapa tidak kita dengar apa yang mereka inginkan," katanya pada majlis pelancaran DTO di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE