Prolintas Highways berkata, penutupan akan dilakukan dari pukul 10 malam hingga 6 pagi bermula semalam hingga 5 September ini.

"Lencongan jalan dan pengaktifan laluan kontra dari KM9.2 hingga KM8.0 Lebuhraya GCE akan dilakukan.

"Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan ditempatkan di sepanjang laluan yang terlibat," katanya. - UTUSAN ONLINE