Prolintas dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan bermula pada pukul 8 pagi itu diadakan sempena menyambut kedatangan Ramadan.

“Pihak kami turut mengadakan pertandingan memasak bubur lambuk yang melibatkan masjid dan surau di sepanjang lebuh raya.

“Ini merupakan program tahunan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Hasil masakan daripada pertandingan akan diedarkan kepada beberapa rumah kebajikan berhampiran jajaran GCE dan pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN OLINE