Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata di bawah perjanjian tersebut, PPBL akan memegang 50 peratus kepentingan, manakala Petrobras selaku operator, akan memegang 50 peratus lagi baki kepentingan itu.

“Pengambilalihan ekuiti bagi Tartaruga Verde dan Modul III lapangan Espadarte itu menandakan kejayaan penting Petronas kerana syarikat itu mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyak di Amerika Selatan.

“Penyelesaian transaksi itu adalah bergantung kepada syarat-syarat penutupan, termasuk kelulusan daripada Majlis Pentadbiran Brazil bagi Pertahanan Ekonomi dan Agensi Petroleum, Gas Asli dan Biobahan Api Nasional Brazil,” katanya. -UTUSAN ONLINE