Tayangan di MBO Cinemas, Starling Mall, Damansara Uptown Petaling Jaya; MBO Imago Mall Kota Kinabalu dan MBO Spring Mall Kuching itu merupakan tayangan filem terbesar anjuran syarikat tersebut.

Keterujaan peminat dimeriahkan dengan penampilan puluhan watak superhero yang memberi peluang kepada penonton untuk bergambar.

Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, tayangan filem yang dinanti-nantikan itu disediakan khas untuk rakan-rakan perniagaan Petron Miles, pelanggan, selebriti, media dan kakitangan syarikat itu

“Kami gembira dapat meraikan pelanggan melalui pengalaman filem Marvel Studios’ Avengers : Endgame yang diminati pelbagai lapisan masyarakat.

“Tayangan ini juga menandakan syarikat kami menawarkan produk dan pengalaman fuel happy yang lain daripada yang lain,’’ katanya.

Sejak bekerjasama dengan Disney Malaysia pada tahun 2016, Petron telah menayangkan lima filem Marvel bermula dengan Thor: Ragnarok, Black Panther, Avengers: Infinity War, Ant-Man and The Wasp dan Captain Marvel kepada lebih 5,000 penonton.

Bersempena tayangan Avengers: Endgame, Petron menawarkan pembelian barangan premium khas di 640 stesen minyak terpilih Petron di seluruh negara.

Ia termasuk t-shirt edisi terhad (RM40 atau 3,500 mata PMiles), beg tangan bersaiz besar (RM45 atau 4,000 mata PMiles) dan saiz sederhana (RM40 atau 3,500 mata PMiles); pelapik anti gelincir (RM9 atau 750 mata PMiles).

Manakala bagi pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing Fully Synthetic atau Petron Blaze Racing Synthetic Blend, pelanggan akan menerima payung 23-inci edisi terhad Avengers: Endgame secara percuma.

Maklumat lanjut berkaitan promosi dan aktiviti Petron boleh diperolehi melalui Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia. Hashtag rasmi Petron #PetronAvengersEndgame.- UTUSAN ONLINE