MAYAT lelaki terbaring di atas lebuh raya selepas motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah kereta yang sedang berundur dalam kejadian di Kilometer 21.6 dari arah Selayang menuju ke Ijok hari ini.

Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku ketika kereta di pandu seorang lelaki mengundu di lorong kecemasan.

Ujarnya, mangsa yang tidak sempat mengelak bagaimanapun terlanggar belakang kenderaan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.35 petang sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

“Pemandu dan penumpang kereta terlibat bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE