Sementara itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang merupakan anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menang tanpa bertanding Ketua Pemuda manakala Khairil Nizam Khiruddin sebagai Timbalan Ketua dan Ahmad Fadhli Shaari pula sebagai Naib Ketua.

Bagi Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh dilantik sebagai Ketua, Rosni Adam sebagai Timbalan Ketua dan Salamiah Mohd Noor dilantik menjadi Naib Ketua.

Dalam pada itu, kesemua jawatan bagi Dewan Ulama juga menyaksikan tiada pertandingan. -UTUSAN ONLINE