MIDA berkata, Abdul Majid menggantikan Tan Sri Amirsham A. Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 2018 selepas enam tahun berkhidmat di lembaga berkenaan.

Katanya, Abdul Majid merupakan Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China yang juga Pengerusi Kehormat Dewan Perniagaan Malaysia-China.

“Beliau mempunyai pengalaman kerjaya selama tiga dekad dalam perkhidmatan awam termasuk Jabatan Perdana Menteri serta pernah menyertai beberapa misi Malaysia di luar negera dan menjawat jawatan kanan di Kementerian Luar Negeri.

“Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE