Jentera yang lebih dikenali sebagai Y Suku ini masih menggunakan kerangka dan enjin sama bersesaran 150 cc, penyejukan cecair, empat lejang SOHC.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, ciri-ciri moden lain yang turut dilengkapi pada Y15ZR adalah lampu depan utama diod pemancar cahaya (LED), meter kelajuan digital, lampu kecemasan dan lampu imbas.

Ia didatangkan dalam empat warna menarik iaitu Striking Cyan (sian), Storm Blue (biru), Blazing Red (merah) dan Dynamc Grey (kelabu).

Harga jualan ialah RM8,168 (tanpa insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran). Setiap pembelian akan menerima kunci cakera brek bernilai RM100 secara percuma. - UTUSAN ONLINE