MBPJ dalam kenyataan di laman Facebook memberitahu, pelbagai acara sukan akan dipertandingkan pada hari tersebut antaranya futsal, sepak takraw, bola jaring dan ping pong.

“Program yang akan bermula seawal pukul 7.30 pagi itu terbuka kepada orang ramai yang berminat.

“Pihak kami juga menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM1,500 kepada juara futsal dan bola jaring manakala RM800 bagi tempat pertama sepak takraw,” menurut kenyataan itu.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 03-7956 0203 - UTUSAN OLINE