Maxis dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi pelan kediamannya harga ditetapkan pada RM149, RM219 dan RM299 sebulan, manakala bagi perniagaan, ia berharga RM199, RM269 dan RM349 sebulan.

Pakej itu boleh dipadankan dengan peranti mesh Maxis untuk menambah baik liputan dan isyarat di setiap bilik di rumah atau pejabat.

Pelanggan yang melanggan pelan gentian rumah 500Mbps dan 800Mbps akan mendapat dua peranti setiap satu serta keselamatan Internet untuk melindungi daripada laman pancingan data dan perisian hasad, kata syarikat itu, sambil menambah bagi memastikan penggunaan yang lebih baik, pemasangan percuma akan dilakukan oleh pasukan pakar Internetnya, Maxperts.

“Tahun lepas, kami menjalankan misi untuk memastikan gentian dapat dimiliki oleh semua orang dengan kempen Fibrenation kami. Hari ini, misi itu diteruskan dengan bukan sahaja penawaran kelajuan gentian yang sangat pantas, tetapi yang lebih penting menyediakan pengalaman WiFi yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Ketua Perniagaan Penggunanya, Dushyan Vaithiyanathan. -BERNAMA