MSM dalam kenyataannya turut memaklumkan pelantikan Mohd, Shaffie Said yang memegang jawatan pemangku CEO sejak April lalu sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan.

“Ini adalah selaras dengan usaha penstrukturan semula organisasi baru-baru ini yang melibatkan pengukuhan kedudukan utama dalam syarikat dengan hasrat untuk mengukuhkan tadbir urus Kumpulan MSM,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE