Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, ekoran insiden itu, dua kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual

"Kejadian itu telah menyebabkan penutupan bekalan air sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, iaitu di Seksyen 11 dan Seksyen 16 serta Jalan Pantai Baharu dan Lingkaran Syed Putra.

"Kami telah memulakan proses kerja-kerja pembaikan dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja baik pulih paip yang pecah.

"Pihak kami juga telah melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE