Pasar Seni dalam satu kenyataan memberitahu, program yang akan bermula pada pukul 11 pagi itu padat dengan aktiviti dan persembahan budaya dibawakan khas buat pengunjung tempatan dan luar negara.

“Antaranya adalah dikir barat, silat tari, rebana ubi dan gasing selain peluang menikmati hidangan Kelantan seperti akok, laksa, laksam dan nasi dagang.

“Selain itu, demonstrasi membuat wau, wayang kulit dan pameran keris juga akan berlangsung sepanjang program ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.