Perkara ini diumumkan Menterinya, Khalid Abdul Samad ketika mengadakan lawatan ke lokasi sebentar tadi.

“Sumbangan itu bertujuan mengurangkan beban dan kerugian yang terpaksa ditanggung peniaga dalam kebakaran berkenaan.

“Satu majlis khas bagi penyerahan sumbangan tersebut akan diadakan pada Jumaat ini,” katanya kepada UtusaNMalaysia di sini.

Katanya, senarai nama terlibat akan diperolehi dalam masa terdekat dan jumlah sumbangan bergantung kepada jumlah kerugian yang ditanggung.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, sebanyak 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kasut dan beg musnah dalam kebakaran.

Susulan daripada itu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang turun padang melawat lokasi awal pagi tadi mencadangkan agar peniaga dipindahkan sementara waktu di Lorong Tuanku Abdul Rahman 3 atau 5. - UTUSAN ONLINE