Timbalan Pengerusi pertubuhan, Mohd. Fazli Abdul Latif berkata, ujian itu dinilai sendiri oleh sifu Paulson Ignasius Diyana dari Indonesia yang merupakan rakan seperguruan pengerusi pertubuhan berkenaan, Amirul Azaan.

“Sifu Paulson Ignasius Diyana hadir ke majlis latihan ini untuk berkongsi ilmu Wing Chun dengan ahli-ahli pertubuhan.

“Kesempatan itu mereka mengambil peluang ini untuk belajar dengan lebih mendalam bersama Paulson Ignasius manakala ahli yang melebihi enam bulan dan ke atas dicadangkan mengambil ujian tahap satu bersamanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE