Pengarah Salai Master Sdn. Bhd, Mohd. Firdaus Razak memberitahu, pihaknya menyediakan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelanggan dan penduduk setempat bermula pukul 4 petang.

“Program sebegini diharap dapat merapatkan hubungan silaturahim antara masyarakat sempena bulan yang mulia ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE