JMM dalam kenyataan berkata, program bual bicara bertajuk Memartabatkan Seni Kain Pelangi Warisan Tempatan itu akan disampaikan oleh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Mohd. Azhar Samin.

“Program ini akan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi. Penyertaan terhad dan masuk adalah percuma,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE