Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut Abdul Raof, bekalan air di sekitar Kuala Lumpur hanya pulih 89 peratus manakala Petaling 98 peratus dan Klang serta Shah Alam masing-masing 91 peratus.

“Kebanyakan kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) juga telah pulih dengan peratusan pemulihan keseluruhan berada di tahap 93%.

“Buat masa ini, bantuan lori-lori tangki air masih digerakkan ke kawasan yang masih terjejas dan segala tindakan perlu diambil bagi menstabilkan tekanan terutamanya di sekitar premis yang berada di lokasi tinggi serta berada di penghujung sistem agihan,”katanya.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan air, orang ramai boleh melayari laman web www. syabas.com.my atau hubungi di talian 15300.- UTUSAN OLINE