ASiS dalam satu kenyataan memberitahu, pasukannya yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan empat itu berjaya membawa pulang empat anugerah utama iaitu Anugerah Emas Dengan Kepujian, Persembahan Terbaik Lagu Kontemporari, Pemain Saua dan Tingkah serta Pergendangan Terbaik.

“Caklempong ASiS merupakan satu-satunya pasukan caklempong yang berjaya membawa pulang Anugerah Emas dengan Kepujian.

“Selain itu pasukan Caklempong ASiS merancang untuk mengintai peluang dan ruang untuk bermain Caklempong di London, Hong Kong, Jepun mahupun Turki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.