Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, antara acara yang dipertandingkan adalah memanah, badminton, bola keranjang, boling padang, tenpin boling, petanque, olahraga dan sepak takraw.

Abd. Hamid berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Daerah Gombak Ke Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) Ke-13 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Gombak dekat sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, MPAJ memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi setiap daerah dan RM22,735.40 tambahan daripada jumlah perbelanjaan tersebut diperuntukan daripada Majlis Sukan Daerah (MSD) Gombak.

"MPAJ turut memberi peruntukan pakaian kontinjen sebanyak RM12,943 dan juga membantu menyediakan keperluan logistik untuk kegunaan para atlet," katanya. - UTUSAN ONLINE