Pada majlis tersebut juga seramai 76 orang pesakit kronik menerima sumbangan sebanyak RM97,500 yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Sementara itu, Ramzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong berkata, program tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk daerah tersebut.

"Ini juga merupakan salah satu cara untuk menghayati bulan Ramadan dan salah satu aktiviti pihak kami untuk lebih mendekati penduduk di kawasan ini.

"Disamping itu juga, kita turut menyumbangkan bantuan kepada penduduk di Kuala Krai yang menghidap penyakit kronik pada malam ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa di sini malam ini. -

UTUSAN ONLINE