Penyelaras Program, Ahairol Anuar Ismail berkata, kem tersebut melibatkan 68 murid darjah dua hingga enam yang lemah dalam aspek pembacaan dan penulisan jawi.

Menurutnya, pada hari pertama murid-murid akan belajar jawi secara intensif menerusi pengajaran bersemuka dan kaedah pemulihan sertamerta dari lima guru di setiap kelas.

Korban cuti demi kecemerlangan jawi murid
SEBAHAGIAN pelajar mengikiti pengajaran Jawi di SK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Pembelajaran adalah berkonsepkan Pendidikan Alaf Ke121 yang menggunakan teknologi maklumat, gajet pendidikan dan modul kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Murid ini akan diuji pencapaian mereka dan yang masih belum menguasai akan mengikuti kem pemulihan pada minggu seterusnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahairol Anuar berkata, kerjasama ibu bapa adalah padu malah mereka turut membekalkan wang saku dan makanan kepada anak-anak.

“Sementara itu ustaz dan ustazah masing-masing membawa makanan untuk dinikmati bersama pada waktu rehat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan Kem Bestari Solat bagi memantapkan kesempurnaan ibadat solat dalam kalangan murid-murid. - UTUSAN ONLINE