Antara yang turut terlibat ialah Royal Guest House, Mahsuri Travel, Padiberas Nasional Bhd (Bernas), Adabi, Pak Jak Steamboat dan Restoran Haslinda Sim serta dermawan dari Singapura dan Brunei.

Penyembelihan disempurnakan pelajar pondok terbabit, Harun Muhammad, 30, dan Che Ahmad Shukri Che Mohammad, 24, bermula pukul 9.30 pagi ini.

Sesi melapah daging secara bergotong-royong dilakukan oleh kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelajar Pondok Jal Besar serta wakil-wakil agensi.

Pengurus projek, Bohari Rahmat berkata, ini kali ketiga pihaknya bekerjasama dengan Kemudi dan pelbagai agensi lain.

"Selain agensi-agensi terbabit, lembu-lembu ini adalah sumbangan daripada masyarakat Singapura dan Brunei juga," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Royal Guest House, Raja Rusmin Datuk Raja Mahmud, Mudir Pondok Jal Besar, Saiful Baharin Che Ali dan Setiausaha Agung Kemudi, Rosmiza Kasim.

Bohari berkata, daging lembu yang siap dilapah kemudian dimasak untuk dinikmati bersama oleh semua pihak termasuk penduduk Kampung Jal Besar.

Sementara itu, Saiful Baharin ketika ditemui berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut yang sudi memilih Pondok Jal Besar sebagai lokasi korban.

"Ini kali pertama majlis korban amal dilakukan di sini dan kita berharap program sama akan diteruskan pada masa hadapan," katanya. - UTUSAN ONLINE