Majlis itu bermula seawal pukul 8 pagi dengan sesi penyembelihan sebelum diteruskan dengan melapah daging beramai-ramai serta gotong-royong memasak untuk jamuan makan tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful, Mohd. Asri Omar berkata, ini adalah kali kedua pihaknya melaksanakan majlis sedemikian bagi mendekatkan diri dengan masyarakat.

Menurutnya, selain agihan daging, pihaknya turut mengadakan jamuan makan tengahari untuk 200 tetamu.

"Tahun lalu, kita turut mengorbankan dua ekor lembu yang diagihkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Yayasan Ar-Rahman, Pasir Puteh.

"Pada tahun ini, kita menjalinkan kerjasama dengan ILP KB serta Kemudi untuk program yang sama," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di ILP KB di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Asri berkata, sempena majlis ini, pihaknya turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Mini.

"Sumbangan ini disalurkan bagi membantu Rumah Kanak-Kanak Mini melaksanakan pelbagai aktiviti untuk penghuni rumah berkenaan," katanya. -UTUSAN ONLINE