Notis peringatan selama 14 hari itu dikeluarkan MBJB kepada premis tidak berlesen dalam satu operasi yang dijalankan pihaknya di pusat beli-belah itu di sini sebentar tadi.

ABDUL MALIK ISMAIL
ABDUL MALIK ISMAIL 

Setiausaha MBJB, Abdul Malik Ismail berkata, pihaknya memeriksa sebanyak 266 premis dalam operasi yang disertai seramai 30 pegawai dan anggota pengkuat kuasa.

“Daripada 266 premis diperiksa, kita telah mengeluarkan notis peringatan kepada 50 premis sama ada untuk mendapatkan lesen atau memperbaharui lesen perniagaan mereka.

 

“Apa yang dikesalkan ada penyewa kiosk yang telah berniaga selama 10 tahun namun tidak berlesen, ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menyertai operasi tersebut. - UTUSAN ONLINE