Tunku Ismail berkata, menerusi platform tersebut, beliau dapat mempengaruhi rakyat dengan nilai-nilai positif berkenaan Johor selain dapat mengingatkan rakyat betapa penting untuk mengekalkan permuafakatan dalam memastikan negeri ini terus maju ke hadapan.

“Saya juga ambil maklum akan aduan-aduan yang diutarakan kepada saya melalui akaun media sosial merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada isu perumahan, bantuan kebajikan, pendidikan atau pun infrastruktur. 

“Insha-Allah, saya akan lakukan yang terbaik untuk bantu sesiapa yang memerlukan,” katanya menerusi Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut menggesa semua pihak untuk turut menggunakan platform aduan awam yang disediakan kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan aduan-aduan rakyat di Johor. 

Platform itu, katanya, merupakan satu inisiatif yang baik untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam negeri Johor. 

Beliau turut menyertakan capaian laman web aduan awam itu di http://johor.spab.gov.my/eApps/system/index.do. - UTUSAN ONLINE