Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PPBM tidak mampu bertahan lama – Kamarul Azman

TELOK KEMANG 13 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu bertahan lebih lama sekiranya para pemimpinnya masih meletakkan kepentingan peribadi lebih tinggi berbanding perjuang­an untuk rakyat dan negara.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, beliau tidak nampak PPBM akan berjaya kerana parti itu gagal mengatasi unsur-unsur negatif yang membelenggu dan merosakkan parti itu dari dalam.

Beliau yang kini Pengerusi Gabungan Kepimpinan Celik Minda (GKCM) berkata, sejak mengumumkan keluar daripada PPBM pada 19 April lalu bersama dengan beberapa orang yang lain, apa yang disuarakan bukan saja telah diambil secara negatif malahan mereka telah diserang secara bertalu-talu oleh PPBM.

“Ada banyak benda yang saya tahu tetapi tidak boleh didedahkan sekarang kerana menghormati rakan-rakan dalam majlis pimpinan tertinggi parti itu. Tunggu dan lihat apa yang berlaku seterusnya.

“Saya boleh ambil risiko ini kerana saya sayangkan negara ini, kerana saya tahu sesuatu perlu dilakukan dan seseorang perlu bercakap perkara yang betul dalam perjungan politik hari ini,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas majlis penerangan GKCM di sini hari ini.

Menurutnya, pergerakan politik di Malaysia perlu bercorak gentlemen iaitu pihak yang kalah perlu menunggu sehingga pilihan raya akan datang untuk berkempen tanpa merosakkan asas kukuh telah dibina oleh kerajaan yang memerintah.

Jelasnya, banyak negara di dunia memperlihatkan parti politik yang kalah pilihan raya akan memberi sokongan kepada parti yang menang dan mereka bersama-sama membangunkan negara.

“Tetapi apa yang berlaku di sini ialah hari demi hari serangan dilakukan ke atas Perdana Menteri dan kerajaan hingga kita nampak keadaan begitu kalut oleh ketidaktentuan yang kita sendiri wujudkan.

“Di mana hilang semangat patriotik terhadap negara seperti diperlihatkan oleh negara lain itu. Ia tidak berlaku di sini,” ujarnya.

Mengenai GKCM, Kamarul Azman berkata, beliau bersama para pendukung gerakan itu belum bercadang menubuhkan parti baharu selepas meninggalkan PPBM.

“Kami akan bergerak untuk menentukan bahawa politik di Malaysia adalah berasaskan kepada fakta yang jelas dan benar dan bukan menyokong yang membawa rebah. Lebih baik cakap perkara yang benar dan betul,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain