Pengerusi BN itu berkata, beliau meletakkan sasaran untuk meraih sekurang-kurang­nya 24 daripada 36 kerusi DUN.

“Daripada 22 kerusi DUN Negeri Sembilan yang dimenangi pada PRU-13, kita mahu sekurang-kurangnya 24 kerusi atau lebih, mungkin 26 dan 27 kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pe­mimpin Bersama Rakyat Telok Kemang di Dataran Kompleks Majlis Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Menurut Najib lagi, beliau juga percaya kerusi Parlimen Telok Kemang boleh dirampas dari pembangkang pada ­PRU-14 nanti.

“Saya yakin sudah sampai masa untuk perubahan di Parlimen Telok Kemang. Daripada lima kerusi DUN di Telok Kemang, kita sudah ada dua dan mahu tiga lagi.

“Kalau ada apa-apa keper­luan di Telok Kemang ini, boleh masukkan dalam manifesto pilihan raya...lebih ba­nyak projek kita akan jalankan di sini,” katanya.

Pada PRU-13, BN menang dua kerusi DUN di bawah Parlimen Telok Kemang iaitu Bagan Pinang dan Linggi manakala tiga lagi DUN iaitu Port Dickson, Chuah dan Lukut menjadi milik pembangkang.