Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pas nafi 42 ahli keluar parti sertai PAN

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pas menafikan 42 ahli kawasan Kuala Kangsar, Perak keluar parti dan menyertai PAN sebagaimana yang didakwa dan disiarkan menerusi sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Dr. Khalil Idham Lim berkata, sebaliknya hanya seorang ahli yang bertindak sedemikian, Mohd. Hamka yang kononnya sudah 40 tahun bersama Pas sejak 1977.

Sedangkan, katanya, mengikut rekod parti, beliau hanya menjadi ahli Pas pada 1998 dan merupakan ahli Cawangan Ara Panjang dan bukannya Cawangan Jeliang.

“Kami juga menafikan bahawa Mohd. Hamka adalah penggerak parti sedangkan beliau ahli yang tidak aktif dan tidak pegang apa-apa jawatan.

“Kami ingin menge­sahkan bahawa hanya beliau seorang yang keluar dari Pas dan bukannya 42 orang seperti yang didakwa,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal parti itu, harakahdaily.net, hari ini.

Pada 13 Mei lalu, Mohd Hamka bersama 41 ahli Pas lain didakwa telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAN. Mohd. Hamka dikatakan penggerak utama Pas dan menjadi ahli parti itu sejak 1977.

Mereka bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan tindak-tanduk dan pendekatan Pas termasuk keputusan membatalkan kerjasama politik dengan PKR selain telah menguburkan Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain