LIM KIT SIANG

Perkara itu menurut Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Low Hoe Chai kerana sikap Kit Siang yang menuding jari kepada pihak lain adalah tindakan tidak bertanggungjawab memandangkan Pakatan Harapan (PH) ketika ini sudah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Katanya, PH sebagai kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam tempoh pentadbiran mereka termasuklah isu Zakir.

“Kit Siang tidak perlu menutup kelemahan kerajaan PH mentadbir negara dengan cara menyalahkan kerajaan terdahulu dalam setiap permasalahan yang berlaku. Beliau sepatutnya cuba mempengaruhi kerajaan untuk membuat keputusan.

“Suka saya ingatkan kepada Kit Siang yang kerajaan PH mempunyai kuasa dan hak untuk menghapuskan sebarang dasar serta keputusan yang dilaksanakan kerajaan terdahulu seperti pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic berkata, Kit Siang sepatutnya memainkan peranan dengan lebih penting dalam beberapa isu supaya kerajaan PH membatalkan kembali pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Katanya, tindakan itu penting kerana rakyat memilih kerajaan baharu untuk menyelesaikan dan memperbaiki masalah tinggalan kerajaan terdahulu.

“Apa yang kita lihat sekarang adalah masalah tidak dapat diselesaikan bahkan semakin bertambah. Contohnya dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas),” katanya. - UTUSAN ONLINE