Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annu­ar Musa berkata, sebalik­nya, BN meng­anggap semua pilihan raya ada­-
lah penting bagi mendapatkan mandat daripada rakyat untuk terus melaksanakan ama­nah dan tanggungjawab kepada negara.

Beliau berkata, BN tidak pernah memandang remeh kepada sesiapa atau berada dalam kea­daan selesa kerana dalam setiap pilihan raya, BN mahu mendapatkan mandat rakyat.

“Setiap pilihan raya adalah ibu kepada segala pilihan raya. Pilihan raya yang lepas pun mereka kata ibu kepada pilihan raya dan sekarang mereka sekali lagi cuba memberikan gambaran yang sama.

“Bagi kita, setiap empat tahun, setelah kita dapat mandat rakyat, kita jalankan tugas dan kemudian serah balik kepada rakyat. Ia adalah perjuangan sepanjang masa. Kita tidak mengambil mudah perjuangan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demi­kian ketika ditemui selepas program penjelasan isu-isu semasa anjuran Biro Penera­ngan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim.

Annuar berkata, BN yang mem­-
peroleh mandat rakyat akan sentiasa memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan ia membezakan gabungan itu de­ngan parti politik lain yang berpolitik sepanjang masa.

Beliau juga mengalu-alukan pe­nubuhan parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hasrat bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jangan kita remehkan usaha dia. Kita juga yang kata siapa yang tidak setuju dengan UMNO, keluar. Kita suruh ikut peraturan dan dengan cara itu, dia dapat masuk pilihan raya ikut peraturan,” katanya.