Pemimpin DAP itu berkata, tindakan Zakir itu membolehkan beliau membuktikan ucapan penceramah bebas di Kelantan baru-baru ini bersifat toksik.

Atas sebab itu, beliau mengulangi pendiriannya dan tidak akan mengemukakan permohonan maaf terhadap penceramah yang memiliki status penduduk tetap itu (PR).

"Ucapan Zakir di Kelantan sangat toksik, barah dan boleh menyebabkan pergolakan agama dan kaum di negara yang mempunyai pelbagai budaya ini.

"Saya telah mengarahkan peguan saya, S N Fam & Co untuk menerima tuntutan Zakir itu dan mengambil tindakan sepatutnya," katanya dalam status akaun Facebook, miliknya, semalam. - UTUSAN ONLINE