Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Azmin belum mohon menghadap sultan

SHAH ALAM 17 Mei – Is­ta­­­na Selangor setakat ini masih belum menerima sebarang permohonan menghadap daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sebalik spekulasi beliau akan memecat tiga Exco Pas sekembalinya dari Belgium hujung minggu ini.

Justeru, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani mengulangi kenyataan bahawa kedudukan ketiga-tiga Exco Pas tersebut masih lagi berstatus quo, sehinggalah Mohamed Azmin menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi maksud berkenaan.

“Setahu saya, setakat ini pihak istana belum ada menerima sebarang permohonan daripada Menteri Besar untuk menghadap Sultan Selangor. Saya turut difahamkan Mohamed Azmin kini berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kedudukan Exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor menjadi persoalan selepas Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Semalam, Biro Politik PKR pula mengambil tindakan susulan apabila memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan meletak jawatan serta-merta.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, Mohamed Azmin dijangka tiba di tanah air Ahad ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain