Program anjuran Persatuan Isteri-Isteri dan Wanita Kakitangan Petronas (Petronita) itu bertujuan memperkayakan kehidupan golongan kurang bernasib baik selain mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Petronita dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, objektif utama Orchid Run & Ride ialah mengumpul dana untuk membantu pertubuhan amal dan kebajikan.

"Pada masa sama, ia dapat mendidik orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan selain menggalakkan mereka untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Menurut kenyataan itu, pada tahun lalu, Petronita berjaya mengumpul sebanyak RM400,000 menerusi pelbagai acara organisasi amal.

"Pada kali ini, kami berharap jumlah yang sama dapat disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, Pembangunan dan Pemulihan Kanak-Kanak Pusat Wanita dan Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur, dan Tabung PPUMCare yang diasaskan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya.

Acara tersebut melibatkan kategori larian 12 kilometer (km) lelaki dan wanita terbuka, lima km fun run dan lapan km fun ride. - UTUSAN ONLINE