Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara yang akan dipinda adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dilihat sudah lapuk.

“Rang undang-undang itu kini dalam proses draf akhir dan dijangka siap hujung tahun ini atau tahun depan sebelum proses selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program dialog TN50 bertemakan ‘Aspirasi Masa Depan Alam sekitar Negara Kita’ di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang, di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri; Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Azizan Ahmad dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim selaku moderato. - UTUSAN ONLINE