Hal demikian kerana menurut Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia, Sani Osman, perkara tersebut tidak menjadi masalah sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Sani malah mengatakan program sedemikian boleh membuka mata masyarakat terutama anak muda tentang aset ketenteraan yang dimiliki negara seterusnya memupuk minat mereka menyertai tentera.

“Pada pandangan saya, sesiapa yang mempersoalkan penganjuran Hari Terbuka ATM ini sebagai tidak masuk akal kerana dalam zaman teknologi ketika ini, tiada apa lagi sebenarnya perlu dirahsiakan kepada rakyat.

“Lagi pun, saya yakin bukan semua tempat yang dibuka kepada umum. Tempat-tempat sensitif seperti pejabat semestinya ditutup, protokol dan keselamatan negara tetap menjadi keutamaan. Jadi kita tidak perlu risau. Malah, program ini boleh memberi pendedahan dan penjelasan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seorang bekas pegawai tentera, Mejar Zaidi Ahmad dalam kenyataan mempersoal dan mengkritik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikutan penganjuran program sedemikian kerana didakwa boleh mengancam keselamatan negara. - UTUSAN ONLINE