Malah tindakan biadab itu dilihat jelas memperlekehkan rukun negara dan tidak menggambarkan sifat serta jati diri warganegara Malaysia.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten (B) Datuk Shahruddin Omar berkata, tindakan keras perlu diambil kepada mana-mana pihak tanpa kompromi.

“Memasang bendera secara terbalik adalah satu provokasi yang cukup biadab. Kita tidak akan berkompromi kepada siapa yang cabar rukun negara.

“Malah kami juga akan bertindak termasuk membuat laporan polis. Kami menyifatkan pihak yang bertanggungjawab tidak mahu mengaku rakyat Malaysia,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di beberapa tempat baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE