Keberangkatan baginda membuktikan keprihatinan seorang raja terhadap rakyatnya yang ditimpa musibah.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dan meminta mereka bersabar dengan ujian Allah SWT.

Pada masa yang sama, baginda turut memuji semangat kejiranan yang diamalkan oleh penduduk kerana sanggup bekerjasama melakukan gotong-royong membaiki rumah yang rosak akibat ribut.

Yang hadir sama Pegawai Daerah, Tengku Khairul Zahirah Tengku Kamaludin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin; ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah dan ADUN Damak, Zuridan Mohd. Daud.

Baginda kemudian berangkat ke Raub untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Kampung Ulu Gali, Peruas dan Pamah Rawas - UTUSAN ONLINE