Pemangku Pengerusi Suhakam, Jerald Joseph berkata, Razali yang menerajui Suhakam sejak tiga tahun lalu telah memperkukuhkan profil suruhanjaya itu dan berdiri teguh dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia melalui sokongannya terhadap kesemua usaha yang di ambil Sukaham.

“Ini termasuk penyertaan kepada triti-triti antarabangsa yang akan memastikan agar perlindungan hak asasi dapat diserap di dalam undang-undang.

“Ia juga meliputi dedikasi tanpa henti beliau dalam memperjuangkan perubahan sosial dan institusi yang mana amat diperlukan bagi perlindungan terhadap kesaksamaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan fahaman.

“Pengalaman Razali pada peringkat antarabangsa dan sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk kerjasama dengan masyarakat secara umumnya merupakan sesuatu yang amat diperlukan dalam usaha yang dilakukan Suhakam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE