Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Semua pendapat TN50 didengari

KUALA LUMPUR 18 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan komitmen bahawa setiap pendapat yang diberikan oleh semua pihak tidak akan dipinggirkan malah akan didengari demi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya, walaupun Sesi Dialog TN50 bersama golongan penggiat seni berlangsung agak tegang semalam, namun perbincangan yang rancak itu kemudiannya te­lah kembali berkeadaan baik.

“Semua pendapat akan dide­ngari demi TN50,” katanya menerusi Twitter beliau, hari ini.

Sesi dialog TN50 Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air semalam berlaku insiden tidak diduga apabila pelakon dan pelawak, Sulaiman Yassin bertindak mengasari Pengarah Filem, David Teo.

Sikap David itu dikatakan tidak menghormati Perdana Menteri dan pelakon, Datuk Rosyam Nor selaku moderator pada sesi dialog yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya itu apabila David mempersoalkan Rosyam yang didakwa tidak memberi peluang kepada semua orang dalam forum itu untuk menyuarakan pandangan mereka.

Dialog tersebut diteruskan selepas itu dan Perdana Menteri yang dilihat tenang sepanjang insiden berkenaan, meminta David dan Sulaiman dibawa masuk dan meminta mereka bersalaman dan berdamai.

Seramai 500 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pe­ngacara televisyen dan sele­briti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain