Kuala Lumpur 21 November 2018 Ahli Parlimen KeterehTan Sri Annuar MusaGambar Rosni MasriPemberita Azman , Farhana , Badrul /lokman Utusan Kosmo

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa malah menegaskan apa yang diungkapkan oleh Mohd. Fadil itu tidak langsung mencerminkan dasar dan pendirian parti. 


Jelas Annuar, UMNO memahami seseorang wakil rakyat mempunyai kebebasan dan kekebalan tertentu untuk bersuara atau memberi pandangan sewaktu persidangan, namun perlu menghormati dasar yang sudah dipersetujui pemimpin terdahulu dan tidak mempertikaikannya sekali gus memberi mesej yang salah serta mengelirukan. 


“Perlu ditegaskan kedudukan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) adalah sesuatu yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan serta dasar pendidikan kebangsaan. 


“UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan kedudukan sekolah vernakular berkenaan. Diharapkan kekeliruan seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 


Mohd. Fadil dalam sesi soal jawab Sidang DUN Pahang, Selasa lalu dilaporkan berkata sekolah vernakular telah merosakkan perpaduan kaum dalam negara. 


ADUN Kemayan itu turut mendakwa pelajar di sekolah aliran Cina dan Tamil adalah seperti ‘pendatang’ kerana tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. - UTUSAN ONLINE