Menurut jurucakapnya, Chen Xin, khabar angin kononnya amaran itu dikeluarkan oleh pejabat Bahagian Komersial dan Ekonomi Kedutaan adalah tidak benar.

“Kedutaan mahu menjelaskan bahawa kami tidak pernah mengeluarkan amaran seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Xin, amaran palsu itu dikenal pasti tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dalam bahasa Mandarin.

Sebelum ini timbul dakwaan kononnya isu pengundi hantu akan dimainkan semula dalam PRU-14 dengan menjadikan warga China sebagai sasaran. - UTUSAN ONLINE