Jelas beliau, lukisan karya pelukis yang juga bekas pramugari, Badariah Abdul Hamid itu dilelong kerana Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) telah memutuskan semua menteri dan anggota pentadbiran kerajaan tidak boleh lagi menerima sebarang hadiah kecuali bunga, makanan dan buah-buahan sahaja.

“Saya minta maaf, dasar kerajaan baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menetapkan bahawa menteri dan anggota pentadbiran kerajaan dilarang untuk menerima sebarang pemberian, kecuali bunga, makanan dan buah-buahan sahaja, jadi saya buka bidaan untuk dilelong kepada tetamu.

“Saya buka harga bidaan pertama dengan harga RM 3,001, bukan saya tidak mahu menerima lukisan ini atau tidak menghargai seni namun ini adalah integriti yang wajib dipegang,” katanya selepas berucap dan merasmikan Pameran Sulung Lukisan-Lukisan Badariah Abdul Hamid di sini hari ini.

Selepas beberapa siri bidaan harga disebut, lukisan akrilik itu dijual pada harga RM4,888 oleh seorang usahawan yang dikenali sebagai, Jessy Lai.

Pada 9 Jun tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengarahkan tidak tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan khasnya  menteri menerima hadiah berharga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Pengerusi PH itu, anggota Kabinet  tidak boleh terima hadiah kecuali makanan dan bunga saja bukan barangan bernilai. - UTUSAN ONLINE.