Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar sewaktu operasi pemeriksaan halal di restoran itu membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa pada hari ini.

Pegawai Pemantauan dan Penguat Kuasa Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Nasri Selamat berkata, pihaknya sudah mengarahkan paparan ayat di atas helaian alumunium yang digantung di kaunter bayaran itu diturunkan.

Katanya, tindakan merampas dilaksanakan ke atas paparan ayat berkenaan kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah.

"Paparan ayat yang ditemui itu diserahkan kepada bahagian penyelidikan JAIJ untuk tindakan selanjutnya, " katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negero dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Negeri Johor, Aris Mamat dan Ketua Cawangan KPDNKK Pontian, Sharizan Samat.

Tambah Nasri, pelaris itu jika lihat dari dekat terdapat nombor, huruf dan ayat-ayat yang diputuskan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga mendapati wujud kesalahan baris dan huruf teks al-Quran yang dipamerkan," ujar beliau.

Katanya, premis restoran yang terlibat itu sudah diarahkan menurunkan paparan teks al-Quran itu serta merta.

Menurut beliau, perkara itu menjadi kesalahan di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986. - UTUSAN ONLINE